tab ++ qIQiE ++: July 2009
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

++JaLaN - JaLaN++

Friday, July 31, 2009
last wednesday lan dtg melaka..
aku, fara n lan gi jln2 bndr melaka..
kitorg naik menara taming sari pas2 gi ar plak tmpt2 bersejarah yg ade kat situ..hehe
klakar aku tgk gelagat diorg naik menara tue..
teruja lah kot sbb dpt naik menara tue..
lg2 lan, x dpt aku nk describe die punye suke naik bnda tue..haha..
setiap tmpt kitorg b'gmbr..
dah lah penat berjalan, bergambar pun penat..
mcm2 pose kitorg buat..hehe..
nak tgk gmbr tue..
nnti aku upload, sbb gmbr tue kat fara..
kitorg b'gmbr pakai camera fara jer..hehehe...

++sELsEmA pLuS buSy++

Wednesday, July 22, 2009
ari nie dah masuk dua ari aku selsema..huhu..
smlm dah mkn obat..
so, ari nie kurang lah sket selsema tue..
smpai sakit hidung nie ditenyeh..hehe..

ari nie plak kene gi fac awal sbb blum cari journal utk special topic..
haha..padan muka aku sbb last week balik kg, so x sempat lah nk cari journal..
pas2 ngan lab report nye yg tak siap..
sok dah lah kene antar lab report tue..
tak per mlm nie aku akn b'tungkus lumus utk menyiapkan segala kerja yg tertangguh..

next week ade presentation utk praktical training ari tue..
slide tak wat lg..huhu..
sume bnda lah aku tak wat lg..
malas tul nk wat keje nie..
tp ape2 pun kene gak wat..
kalo tak xde markah lah utkl praktical aku tue nnti..
wat penat jer b'kerja (kerje ker?kuikuikui)..

tis week mmg memenatkan..
so, xpat ar nk balik melaka jmpa buah ati(shafiiiiii jgn lupa mak ude tau)..hehe..
sib baik lah mkck die nie xpat lik kg..
kalo tak abis lah sikenit tue kene buli...hahaha

++the only one++

Tuesday, July 21, 2009
tanggal 25 Jun 2009 lahir lah seorg hero yg dinanti2kan..hehe..
akk aku selamat melahirkan ank kedua die..
skrg dah ade bdk lelaki kat umah..
slama nie pompuan jer yg ade kat umah tue..hehe..

hero tue diberi nama muhammad shafirash bin shahrizal..
abis shafi kitorg keje kan..
tak senang tdo budk tue dibuat nye..
pantang nmpk mate die t'lelap msti kene kejut kan oleh mkcik2 die yg ramai tue..
nenek ngan atuk die pun x kurang jahat nye..
ske mengacau bdk kecik tue tdo..hehehe..

yelah,dah lama xde bdk kecik kat umah..
so, die menjadi perhatian kitorg satu fmly..hehe..

nie gmbr2 yg sempat dirakam mase tdo n jaga..hehe


~LuAhAn Ati~

Monday, July 20, 2009
salam...
ari nie rasa nak luah perasaan kan sini lah.
dah lama x luah perasaan kat sini..
nk luah tp x tau ape nk tulis..hehe..

nk cite pasal abg kesygan aku tue aku tak tau nk tulis ape..
ati nie mmg syg kan die..
tp utk jd serius ak x bape pasti lg..
nek ak dh warning jgn kawan ngan die tp aku kwn gak..
ntah lah..ak pun x tau nape aku ske kwn ngan die..
nape aku susah nk tgglkan die?
aku pun tak tau ape jwpan yg bleh di kasi utk soklan tue..huhu..

ak nk terus terang ngan nek aku tp aku tak brani..
ak x tau nek aku tue nk org yg mcm mane utk jd teman wat cucu die nie..
tp yg pasti nek aku nk org tue mesti b'harta pas2 b'pelajaran..
org yg b'harta nie baik sgt ker?
mmg lah bgs cari org yg b'harta, tp x semesti nye kite bahagia ngan org yg berharta tue..
ntah lah,aku tak pasti bnda nie..

ak takut ak salah pilih..
nnt yg merana nye aku bkn org lain..
die nie aku tak taulah nape aku bleh jatuh ati ngan die..
nak kate ensem sgt tue xde lah,tp manis nye ade..
ske bile tgk die senyum..hehehe..

skrg aku dh jauh ngan die..
setiap mase aku rasa nk dgr sore die..
rasa hidup x lengkap kalo tak dgr sore die..huhu..
die kate die nk dtg sini..
tp x tau lah die serius ke tak..
ske ati die lah..
aku pun x kisah..
tp best gak kalo dpt dating lg ngan die..
ari tue dating smpai 2 jam pun rasa x cukup jer..
aku rasa nak lama lg jer duk jmpa die..
kitorg tak wat ape2 pun..
just duduk2 pas2 kutuk org yg lalu lalang kat depan kitorg..hehe..
terasa mase tuk waktu b'jln ngan pantas..
kalo lah bleh slow kan mase dh lama dah aku wat..hehe..
ermmm,ok lah lain kali smbg lg..
nnti dah xde cite plak nk dikarang..hehe..
taking care..

cIntA?

Saturday, July 18, 2009

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

UntUk rEnUngAn bErsAmA

Friday, July 17, 2009
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

++mIss hIm sO mUch++

Wednesday, July 15, 2009
aku rindu die sgt2..
dah lah ari2 tepon die..
tue pun x cukup lg..huhu..
nape ek ngan aku nie..
mgkn aku dh falling in love with him..huhu..
tp aku x ngaku jer lg ngan die..
biar aku abs blaja dulu..
nnti br pk pasal hal selanjut nye..
die ckp mcm tue kat aku..
die nk aku abs blaja dgn cemerlang..
die x nk aku sia2 kan ape yg mak ngan ayah aku dah blanja kan utk aku..huhu..
aku pun tak tau nape aku bleh jatuh ati ngan die..
die nie biasa jer..
pelajaran aku lg tggi dr die..
tp org kate wang n kedudukan bukan penjamin kebahagiaan..
btul ker?
ntah lah ek..
kalo aku nie mate duitan mgkin aku x layan die..
tp ntah lah..
aku x tau ape prasaan aku skrg nie..huhu..
aku ske die..
aku syg die..
aku nk die jd lebih dr sorg kwn..
tp x tau lah bnde nie jd kenyataan ker tak..
ape yg mampu aku wat hanya lah berdoa..
kalo ade jodoh x kemana..huhu

++wEddIng++

Friday, July 3, 2009
last week pakcik aku kahwin..
nie gambar yg sempat diambil sepanjang majlis tue berjalan..
tp sorilah sbb gmbr pengantin nye xder coz diorg ade cameraman sendiri..
so diorg x perlukan khidmat camera digital yg capuk nie..hehe



nielah pelamin utk raja sehari



wif my aunt, uncles n cousins
Related Posts with Thumbnails

++j0m sh0pPing++